TYPES OF PEOPLE BY HOW THEY ‘KOREK IDUNG’. SO WAT TYPE U ARE?? VERY FUNNY!!!
Posted by: banun89 in UncategorizedOrang yang suka suasana berbeza-Menggunakan jari yang berbeza tiap kali korek idung.
Orang yang sangat menghormati masa-kalau korek idung, korek 2 lubang sekaligus.
Orang tidak mempunyai pendidikan tapi sangat sopan santun-menggunakan jari orang lain untuk korek idung dan mengucapkan terima kasih setelah selesai.
Orang yang inovatif-menggunakan jari kaki untuk korek idung.
Orang yang adil, arif dan bijaksana-waktu nak korek idung, disemak dahulu lubang idung yang mana lagi banyak tahinya..kalau belah kiri yang banyak maka dia akan masukkan sedikit ke dalam lubang idung belah kanan kemudian barulah korek idung semula.
Orang yang mempunyai time-management yang sangat tinggi-ada jadual untuk korek idung dalam satu minggu.
Orang yang sangat pemalas-Melompat-lompat dan mengharapkan tahi idung akan keluar sendirinya.
Orang yang sangat pelupa-saat jari sudah di dalam idung, dia terlupa apa yang ingin dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam idung.
Orang yang sangat mementingkan kebersihan dan kesihatan-kalau mahu korek idung, dia mencuci tangannya sampai bersih. Setelah korek idung, tangannya dicuci lagi dan hidungnya akan disapu alkohol atau iodin atau dettol untuk mencegah terjadinya infeksi kerana mungkin sewaktu korek idung berlaku pendarahan atau luka.
Orang yang taat beragama-memasang niat,”Sahaja aku mengorek idung agar bersih dari tahi yang bertimbun kerana……..” dan berdoa dahulu sebelum korek idung agar selamat mengorek idung hingga selesai.
Bagaimana saya mengorek tahi idung??? Tak sen0noh bet0i bunyinya….hahahhahahah …. Mari saya berk0ngsi sesuatu.. waktu kecik-kecik dulu ibu saya cukup pantang kalau saya mengorek tahi idung dengan jari.
” Pe bur0k na rup0 eh tu, awak tu anak dar0..tak el0k, tak manih dipandang dek 0rang..gi bilik air masuk air dalam idung hemb0ih (hembus) kan.”
Saya pun gi lah buat…masuk air dalam idung, kemudian hembus. Berkesan!!… tahi idung keluar ngan air yang dihembus.
Bila saya besar sikit, saya berfikir…rupa-rupanya Islam dah ajar cara keluarkan tahi idung ngan cara sangat sopan. Bunyi kelakar tapi fikir-fikirkanlah. Bila tu? Ketika ambil wuduk…s0 lepas ni jangan buat bahagian anggota yang wajib jer ; muka, kedua-dua tangan, sebahagian kepala ngan kedua-dua kaki sampai buku lali….. plus ngan masukkan air dalam hidung dan hembuskan. Lagi bagus kalau anda boleh buat lagi bagus dari ini. ![]()

Entries (RSS)